Perasmian REIDHWAN`12 Meriah Dalam Sederhana
18 Julai 2012,ARWP- Asrama Rumah Wilayah Persekutan Mesir meriah meraikan kedatangan Ramadhan dengan majlis perasmian Ramadhan and Eidul Fitri Celebration 1433H/2012M (REIDHWAN`12). Program yang akan berlangsung selama lebih sebulan ini telah dirangka oleh komuniti pelaksana REIDHWAN`12. Program ini memfokuskan pengisian berbentuk ibadah dan thaqafah sepanjang Ramadhan.
Majlis perasmian REIDHWAN`12 bermula selepas solat Isyak berjemaah dengan bacaan zikir munajat. Majlis dipengerusikan oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh yang juga merupakan ketua Unit Pengisian Ibadah dan Thaqafah REIDHWAN`12. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh mahasiswa jemputan dari Maahad Qiraat Shoubra. Seterusnya ialah ucapan aluan dari pengarah, saudara Muhd Bazli bin Zakaria dan Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain.
Ucapan perasmian telah disampaikan oleh Badan Pengurus angkat PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan, saudara Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin. Dalam ucapannya, beliau menyebutkan beberapa kelebihan bulan Ramadhan dan mengingatkan semua ahli yang hadir agar memanfaatkan keberkatan bulan ini. Seterusnya beliau menyempurnakan gimik perasmian REIDHWAN`12 dengan diiringi oleh pengarah dan YDP.
Majlis dimeriahkan dengan penyampaian “Syantah Ramadhan” kepada setiap wakil rumah di ARWP dan rumah sewa oleh saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain dan saudari Nurul Hanna binti Mohammad Bokhari yang juga merupakan Naib Pengerusi HEWI 1 BKAWM sesi 2011/2012. Sebelum berakhir, pihak majlis menjemput saudari Mohd Mawardi bin Mohd Zain untuk menyampaikan cenderahati kepada perasmi, saudara Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin.
Majlis diakhiri dengan tayangan video promo REIDHWAN`12 serta video-video animasi berkaitan Ramadhan. Sebelum pulang, tetamu yang hadir dihidangkan dengan jamuan yang disediakan khas oleh Unit Seliaan VIP dan Jamuan REIDHWAN`12. Majlis tamat sekitar jam 10.30 malam.
“REIDHWAN`12 yang dianjurkan pada tahun ini telah dirangka khas bagi menggalakkan ahli lebih menghayati nilai ibadah dan thaqafah. Selain itu program ini juga menerapkan nilai-nilai peradaban Islam dalam meraikan perayaan dan hari-hari kebesaran Islam” ujar saudara Muhd Bazli bin Zakaria dalam kenyataan yang berasingan.
Komuniti pelaksana Ramadhan and Eidul Fitri Celebration, REIDHWAN`12 dan barisan AJKT dan HEWI BKAWM sesi 2011/2012 menyeru semua ahli BKAWM yang berada di Kaherah mahupun di cawangan agar sama-sama memeriahkan lagi program ini yang akan terus berjalan sehingga sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada bulan Ogos akan datang.

Comments
Post a Comment