Iftar Mahabbah Eratkan Ukhuwah

KAHERAH, 28 Julai 2012– Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 (BKAWM) di bawah program Ramadhan and Eidul Fitri Celebration (REIDHWAN ’12) telah menganjurkan majlis Iftar Mahabbah kali pertama di Dewan Sri Putra, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP).

Persiapan majlis bermula selepas solat Asar. Unit Persiapan dan Teknikal (U-SET) REIDHWAN’12 menghias dewan dan memainkan lagu-lagu bertemakan Ramadhan untuk mencerikan suasana. Manakala penghuni lain di ARWP masing-masing diberikan tugas untuk menyediakan juadah berbuka puasa.

Majlis Iftar Mahabbah dimulakan dengan santapan ringkas dan diteruskan dengan solat Maghrib yang diimamkan oleh jemputan khas dari Shoubra, Ustaz Ameen bin Salahuddin. Selesai solat Maghrib, jamuan berbuka puasa diteruskan. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah ahli BKAWM yang tinggal di rumah sewa sekitar ARWP.

Iftar Mahabbah ialah majlis berbuka puasa yang dirangka oleh komuniti pelaksana REIDHWAN’12 khas untuk ahli BKAWM yang tinggal di ARWP dan rumah sewa sekitar. Setiap rumah diberikan tugas untuk memasak juadah berbuka. Semua juadah ini akan digabungkan dan dikongsi bersama semasa majlis berbuka puasa.

Penganjuran majlis ini adalah bertujuan untuk menguatkan kebersamaan ahli bertepatan dengan objektif ketiga REIDHWAN’12 iaitu ‘Merapatkan ukhuwah antara ahli’. Selain itu, teknikal pelaksanaan majlis ini secara tidak langsung meningkatkan kemahiran memasak dalam kalangan ahli.

“Iftar Mahabbah adalah satu bentuk majlis yang menghubungkan ahli dalam suasana santai. Pihak komuniti pelaksana REIDHWAN’12 akan menganjurkan lagi majlis seperti ini pada masa akan datang” ujar saudara Afham Wajdi bin Taib Azamudden, Ketua Unit Selian VIP dan Jamuan (U-SERVE) REIDHWAN’12.

Komuniti pelaksana REIDHWAN’12 dan barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 menyeru kepada semua ahli agar sama-sama hadir dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirangka khas sepanjang Ramadhan ini. Semoga penganjuran REIDHWAN’12 secara tidak langsung menjadi platform penyatuan semua ahli BKAWM.

“ Amalan Dihayati, Ganjaran Dikongsi, Kegembiraan Dirai ”
“ Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan ”

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]