Diskusi Kitab Dan Iftar Jamaie REIDHWAN`12
ARWP, 24 Julai - REIDHWAN`12 anjuran Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2011/2012 memulakan pengisian berbentuk thaqafah dengan mengadakan diskusi kitab Kaifa Nastaqbilu Ramadhan. Penganjuran diskusi kitab ini selari dengan objektif pertama REIDHWAN`12 iaitu ‘Menghidupkan Ramadhan dengan ibadah dan thaqafah’.
Majlis diskusi kitab telah bermula sekitar jam 5.00 petang dan dipengerusikan oleh saudara Ahmad Bushra bin Mohamad Salleh, Ketua Unit Pengisian Ibadah dan Thaqafah (U-GIFT) REIDHWAN`12. Saudara Bushra seterusnya menyerahkan majlis kepada pendiskusi, saudara Mohd Arif Adli bin Ibrahim yang dijemput khas dari Selangor. Beliau merupakan mahasiswa kuliah Syariah Islamiah Kaherah.
Saudara Arif Adli mendiskusikan kitab Kaifa Nastaqbilu Ramadhan dengan kupasan yang ringkas bersama analogi-analogi yang mudah difahami dan praktikal. Beliau menghurai ringkas cara-cara menyambut Ramadhan seperti yang dinyatakan dalam kitab tersebut seperti memuliakan apa yang Allah muliakan, menghargai penurunan al-Quran pada bulan Ramadhan dengan selalu membacanya, berusaha mencari malam Lailatul Qadar dan memanfaatkan kelebihan beribadah pada bulan ini.
Beliau selesai mendiskusikan kitab ini sekitar jam 6.30 petang. Yang Dipertua BKAWM sesi 2011/2012, saudara Mohd Mawardi bin Mohd Zain mewakili pihak penganjur menyampaikan cenderahati kepada kepada saudara Arif Adli. Majlis ditangguhkan dan kemudiannya diteruskan dengan Iftar Jamaie yang diselia oleh Unit Seliaan VIP dan Jamuan (U-SERVE ) REIDHWAN`12.
Turut hadir dalam Iftar Jamaie REIDHWAN`12 ialah Badan Pengurus angkat dan HEWI angkat PMRAM Cawangan Wilayah Persekutuan dan wakil taakhi dari Majlis Kebajikan Keluarga Kedah. Iftar Jamaie dimulakan dengan santapan ringkas selepas masuk waktu berbuka puasa. Selesai solat fardhu Maghrib berjemaah, Iftar Jamaie diteruskan dengan jamuan di sebelah siswa dan siswi.
“Selaras dengan objektif pertama REIDHWAN`12 iaitu ‘Menghidupkan Ramadhan dengan ibadah dan thaqafah’ komuniti pelaksana akan meneruskan lagi majlis seperti ini sepanjang Ramadhan. Diskusi kitab menambahkan thaqafah manakala iftar jamaie adalah satu bentuk ibadah” ujar saudara Muhammad Zulkifle bin Zainuddin, Timbalan Pengarah 1 REIDHWAN`12.
Barisan kepimpinan BKAWM sesi 2011/2012 dan barisan komuniti pelaksana REIDHWAN`12 menyeru kepada semua ahli BKAWM agar memanfaatkan keberkatan Ramadhan dan sama-sama menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan di bawah REIDHWAN`12.
“Amalan Dihayati, Ganjaran Dikongsi, Kegembiraan Dirai”
“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

mantop lah!!
ReplyDelete