Kalam Pimpinan: BKAWM Keluarga Kita
Bismillahirrahmanirrahim
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang tidak pernah jemu mencurahkan
rezeki tidak kira kepada hambanya yang taat ataupun ingkar.
Tidak dilupakan juga selawat serta salam buat junjungan besar penghulu sekalian alam Muhammad al-Mustafa Rasulullah s.a.w. bersama para ahli keluarga serta para sahabat baginda yang telah banyak berkorban bagi memastikan kesinambungan Islam itu sampai dan tiba kepada kita pada hari ini.

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung
Tahunan kali ke-14 dan Malam Inspirasi Budi telah selamat melabuhkan tirainya
pada 15 September yang lepas. Ini bermakna, secara rasminya kenaikan baru untuk
sesi 2012/2013 telah pun bermula.
Atas kepercayaan anak-anak Wilayah Persekutuan khususnya ahli Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM), saya bersama barisan kepimpinan sesi yang baru ini telah diamanahkan untuk meneruskan perjuangan Islam di BKAWM dengan membawa mesej kebajikan dalam menyatukan kesatuan ahli BKAWM di perlembahan Nil ini.

Kesatuan merupakan satu agenda yang amat dituntut oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hadisnya baginda banyak sekali memberitahu kepada kita tentang erti pentingnya persatuan dan kesatuan, seperti hadis yang diriwayatkan dari Abu Burdah dari Abi Musa dari Rasul SAW bersabda:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Rasulullah s.a.w. bersabda
bahawa perumpamaan di antara orang mukmin dengan mukmin yang lainnya
diibaratkan seperti sebuah bangunan yang saling menguatkan antara satu sama
lain”
Seperti mana yang kita ketahui, terlahirnya BKAWM adalah hasil dari kesatuan
ukhuwah dari senior-senior kita terdahulu. Hasil kesungguhan dan berkat kesabaran
mereka mempertahankan kesatuan anak Wilayah akhirnya menatijahkan sesuatu yang
bermakna buat kita semua.
BKAWM telah menerima sumbangan sebuah asrama hasil sumbangan daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Dengan wujudnya asrama yang selesa ini, kesatuan BKAWM dapat dikukuhkan lagi dengan mengadakan program - program ilmiah dan thaqafah khusus untuk anak-anak Wilayah Persekutuan. Bermula dari itu, kebajikan anak Wilayah Persekutuan mula terjaga dengan baik berkat kesatuan kita semua.

Selaku Yang Dipertua Badan
Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir sesi 2012/2013, saya menyeru kepada
seluruh anak-anak Wilayah Persekutuan khususnya ahli BKAWM untuk sama - sama
menjaga kesatuan kita ini agar ianya terus utuh dan kukuh bagi memastikan
kebajikan setiap ahli tidak terabai dan dapat disalurkan dengan baik.
Harapan saya kepada kalian,
teruslah membantu dan menyokong kesatuan ini kerana BKAWM adalah satu kesatuan
yang dilahirkan untuk menjaga kebajikan ahli dan dasar penubuhan BKAWM serta
pembawaan kami adalah berteraskan al-Quran dan as-Sunnah.
Saya mewakili barisan kepimpinan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
sesi 2012/2013 menghulurkan salam ukhuwah buat seluruh anak Wilayah Persekutuan
khususnya ahli BKAWM di perlembahan Nil ini dengan mengharapkan kerjasama
kalian dalam membantu kesatuan ini agar Islam terus tertegak di dalam keluarga
besar kita ini. Amin.
“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH
KEILMUAN”
Muhd Bazli bin Zakaria
Yang Dipertua
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2012/2013
Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir
Sesi 2012/2013
Comments
Post a Comment