Bakti Siswa BKAWM Di SMA MAIWP

KUALA LUMPUR, 8 September - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir(BKAWM) di bawah Program Bakti Siswa 2012 telah menganjurkan dua buah program bersama Sekolah Menengah Agama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras baru-baru ini. Di dalam program ini, BKAWM telah dijemput oleh pihak sekolah SMA MAIWP untuk member pengisian dan perkongsian kepada para pelajar serta ibu bapa.

Program pertama berbentuk motivasi dan pendedahan kepada pelajar-pelajar tingkatan lima yang mengambil jurusan Sains dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Program berbentuk pengisian ini telah dijalankan pada 6 September 2012 yang lalu di SMA MAIWP dan disampaikan oleh wakil Program Bakti Siswa yang mengambil bidang Perubatan iaitu saudari Siti Hajar binti Abdullah dan saudari Rafida binti Haniffa. Sesi slot ditamatkan dengan tayangan video yang menarik.

Seterusnya, sekali lagi BKAWM dijemput bagi mengisi sebuah slot pada 8 September 2012 yang memberi pendedahan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar SMA MAIWP tentang cara hidup, sistem pengkuliahan dan suasana di Mesir. Sesi slot telah berjalan dengan lancar dan sangat interaktif kerana ibu bapa berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada para pengisi jemputan.

Para pelajar menjadi semakin bersemangat untuk melanjutkan pengajian ke Mesir sama ada dalam bidang Pengajian Islam mahupun Perubatan hasil galakan daripada pengisi serta keyakinan yang berjaya diserapkan kepada para ibu bapa yang hadir. Pengisian telah disampaikan oleh wakil BKAWM iaitu saudara Amer Shamiz bin Zainuddin, saudari Maryam binti Abd Radzak, saudari Hazirah binti Azizan, saudari Farah Hanim binti Riduan dan saudari Siti Hajar binit Abdullah.

Diharapkan dengan penganjuran program-program ilmiah antara BKAWM dan SMA MAIWP seperti ini akan dapat dijalankan dengan lebih kerap agar hubungan yang terbina akan semakin erat dan membuahkan hasil yang baik pada masa akan datang.

‘Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan’

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]