Gotong-royong Perdana Sempena Pembukaan Kuliah


Kaherah, 21 September 2012 - Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2012/2013, di bawah Unit Perumahan dan Rehlah telah mengadakan “Gotong-royong Perdana”  sempena pembukaan kuliah. Alhamdulillah seluruh ahli BKAWM dapat turut serta untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini dan dapat membersihkan ARWP dengan sebaiknya. 
Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada seluruh ahli BKAWM. Dengan hasil titik peluh semua, ARWP  mendapat pujian daripada Pengurus Asrama Rumah Wilayah Persekutuan, Encik Ahmad Yahya bin Mohd Haniff.
Ketua Unit Perumahan & Rehlah (UPR) sesi ini, saudara Ahmad Faris bin Mazlan mengharapkan agar seluruh ahli BKAWM dapat menjaga kebersihan ARWP dari semasa ke semasa dan dapat  mengekalkan ke’izzah’annya seiring dengan sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang mana telah menekankan kepentingan memelihara kebersihan sepertimana yang dimaklumkan di dalam hadis baginda iaitu,
 “Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”. (HR Muslim)

Di dalam hadis lain juga mengatakan : 

"Sesungguhnya Islam itu bersih, maka hendaklah kamu mewujudkan kebersihan kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang yang bersih". (HR Hatib)


“BKAWM Keluarga Kita”
“KEUNGGULAN SAHSIAH WASILAH KEILMUAN”

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]