SERAMBI WILAYAH GABUNGAN: Cakna Isu Semasa, Memantapkan Ukhuwah.


KAHERAH, 27 November 2014 – Unit Perumahan dan Rehlah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan Serambi Wilayah Gabungan buat julung-julung kalinya bagi sesi ini pada hari Khamis yang lalu. Program bermula seawal 7.30 malam dan dimeriahkan dengan kehadiran yang sangat menggalakkan daripada ahli rumah sewa mahupun ahli ARWP.
Program dimulakan dengan alunan merdu qasidah, iaitu pujian-pujian kepada Rasulullah SAW dengan kerjasama Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan. Seterusnya, program diteruskan dengan slot isu semasa yang disampaikan oleh Saudari Dalia binti Zaidi. Slot berakhir dengan sedikit tayangan video.
Setelah itu, program diteruskan dengan slot penerangan kempen. Sebanyak 4 kempen yang dianjurkan oleh BKAWM pada sesi ini iaitu kempen Rumahku Syurgaku oleh Unit Perumahan dan Rehlah, kempen Hamlah Nahjul Mutafawwiqin oleh Unit Pendidikan dan Pengetahuan, kempen Biah Solehah oleh Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan  serta kempen Smart-E oleh Unit Ekonomi.
Seusai penerangan kempen , Serambi Wilayah Gabungan diteruskan lagi dengan ucapan perasmian kempen oleh Yang Dipertua BKAWM, saudara Yasin bin Awang dan seterusnya melancarkan keempat-empat kempen tersebut.
Serambi pada kali ini dimeriahkan lagi dengan slot pelantikan musyrif dan majlis sambutan hari lahir keluarga Oktober dan November melalui acara memotong kek. Serambi Wilayah Gabungan melabuhkan tirainya dengan jamuan yang disediakan kepada seluruh ahli yang hadir.
Semoga perkumpulan sebegini mendapat redha Allah SWT. dan Rasulullah SAW. Bahkan menjadi medium yang mengeratkan lagi ukhuwah antara ahli BKAWM dan memberi manfaat kepada ahli melalui pengisian yang disajikan.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”

Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]