BERSABARLAH MENJAUHI MAKSIAT

BERSABARLAH MENJAUHI MAKSIAT Manusia yang memelihara diri itu lebih cantik daripada intan. Lebih berharga daripada permata. Hakikatnya, untuk menjaga diri dan melawan keinginan diri yang sentiasa bergelora bukanlah sesuatu yang mudah dan kadangkala kita menjadi hamba nafsu sendiri. Mujahadah nafsu itu perlu!
Antara cara untuk menjauhi maksiat adalah dengan mendidik diri dalam pergaulan. Ada sesetengah golongan melihat pergaulan bebas itu adalah perkara yang biasa dan dianggap remeh. Ikut perkembangan dan jangan terlalu jumud katanya.Namun, sedar atau tidak perkara ini boleh membawa kepada maksiat, permainan hati dan menggelapkan hati. Sebagai seorang penuntut ilmu, kebersihan dan kesucian hati amat penting. Imam Syafie ketika sedang menuntut ilmu, beliau pernah mengadu kepada gurunya: “Wahai guruku, mengapa ilmu yang sedang aku pelajari ini susah untuk aku fahami dan mudah lupa?” Gurunya menjawab : “Ilmu itu ibarat cahaya. Ia hanya dapat menerangi gelas yang bersih dan jernih.” Maksudnya, ilmu itu tidak akan menerangi hati yang keruh dan banyak melakukan maksiat. Memang, jiwa kita, jiwa remaja yang mahukan keseronokan. Katanya, “Hidup hanya sekali, jadi kita enjoy.” Islam tidak melarang kita untuk mendapatkan hiburan. Namun, setiap perkara itu ada batasnya dan hendaklah dilakukan dengan mengikut syariat Islam itu sendiri. Diri kita secara hakikat dan fitrahnya adalah suci. Hiasilah ia dengan amal soleh walaupun syaitan sentiasa ada untuk menggoda umat Muhammad SAW. Bersabarlah. Ingatlah segala kesabaran dan keyakinan kita pasti Allah balas. Itu janji Allah SWT. “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. (Iaitu) orang yang khusyuk dalam solatnya. Dan orang yang menjauhkan diri daripada (perkataan dan perbuatan) yang tidak berguna.” Surah al-Mukminun : 1-3 Hasil Nukilan : Nur Aeni Binti Mohamad Syariah Islamiah Tahun 1 'BKAWM Keluarga Kita"
"Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan"
Satu Fikrah Satu Amal

DISEDIAKAN OLEH: UNIT SURAU | LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN BADAN KEBAJIKAN ANAK WILAYAH PERSEKUTUAN MESIR SESI 2014/2015

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]