PENDEDAHAN MULTIMEDIA KEPADA AHLI BKAWM

KAHERAH, 31 Ogos 2015- Unit Penerangan dan Penerbitan, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan sebuah kursus yang mendedahkan asas dalam pengurusan alatan  multimedia iaitu Kursus Intensif WIMAC. Kursus ini telah disampaikan oleh saudara Fathul Fushshilat bin Fauzi, pengisi jemputan yang berpengalaman dalam mengendalikan alatan multimedia dalam program-program besar di Mesir ini.

Kursus ini telah disertai oleh 17 orang siswi dan 7 orang siswa yang terdiri daripada mahasiswa baru dan juga lama dan telah berlangsung di Surau Darul Madani, ASWP. Kursus ini telah bermula sejurus selepas solat fardu Isyak dan dipengerusikan oleh pemangku Ketua Unit Penerangan dan Penerbitan BKAWM sesi 2014/2015, saudara Adam Syukri bin Mohamad. Kursus ini telah bermula dengan sesi penerangan secara teori dan seterusnya sesi praktikal yang memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan ilmu yang telah diperolehi. Sesi praktikal membahagikan peserta siswa dan siswi dengan bimbingan saudara Fathul Fushshilat di sebelah siswa dan saudari Siti Hawa bt Ahmad di bahagian siswi.

Kursus yang telah diadakan ini adalah pendedahan awal kepada ahli BKAWM lebih-lebih lagi bagi mahasiswa baru dalam mengendalikan alatan multimedia seperti  power amplifier, speaker, mixer, microphone, kamera video dan alatan lain. Kursus ini bertujuan mempersiapkan pelapis dalam perkara berkaitan multimedia dan membentuk ahli yang bersedia mengggunakan kemahiran tersebut untuk menyumbang kepada masyarakat kelak. Semoga kursus seperti ini dapat menimbulkan minat ahli dalam bidang multimedia dan menjadi titik tolak kepada peserta untuk mengaplikasikannya kepada masyarakat.

“BKAWM Keluarga Kita”
“Pemantapan Fikrah Tunjang Kebersamaan”

Satu Fikrah Satu Amal

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]