[ BERITA: JELAJAH ATHAR BAHNASA 2019 (BAHNASA ‘19) ]
BAHNASA EL-MINYA, 7 & 14 Disember 2019 – Seramai 126 peserta telah menyertai jaulah makam Jelajah Athar Bahnasa 2019 (BAHNASA ‘19) yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2019/2020. Matlamat utama yang ingin dicapai daripada program kali ini adalah untuk menanam rasa cinta akan para sahabat dan wali Allah. Selain itu, ia bertujuan membina serta meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli berkaitan sejarah. Disamping itu, menguatkan lagi tautan ukhuwah sesama ahli. Program bermula dengan sesi taklimat keselamatan daripada Unit Pengisian dan Disiplin pada waktu malam sebelum bertolak ke destinasi selepas subuh keesokan harinya. Program telah pun dirasmikan oleh Pegawai Atase Wilayah Persekutuan Mohd Azrul bin Ismail. Tepat jam 6.40 pagi, para peserta mula bertolak dari Asrama Wilayah Persekutuan Baharu ke Bahnasa dan selamat tiba di destinasi pada jam 11.20 pagi. Antara tempat yang dikunjungi ialah: 1.