Posts

BELANJAWAN YANG BIJAK

Image
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengurniakan nikmat kepada kita . Selawat serta salam ke atas Junjungan besar nabi Muhammad SAW kerana dengan jerih payah Baginda kita masih dapat merasai nikmat Iman dan Islam.              Belanjawan yang bijak merupakan tunjang yang penting dalam pembentukan kehidupan seseorang individu, pembangunan masyarakat malah kepada pembinaan negara maju dan berwawasan.  Mengikut salah satu elemen dalam Maqasid Syariah iaitu hifzul Mal (penjagaan harta) Islam telah meletakkan beberapa garis panduan untuk menjaga dan mengurus kewangan dengan bijak.

ENTREPRENEUR COURSES (ENTER’15) MENGHASILKAN USAHAWAN BERJAYA

Image
KAHERAH, 11 Februari 2015 – Unit Ekonomi Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan sebuah program keusahawanan memandangkan bidang keusahwanan sudah semakin meluas dalam kalangan mahasiswa dewasa ini .

Kenyataan Rasmi Jawatankuasa Islah Asrama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir Sesi 2014/2015

Image
        Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana telah diberikan nikmat iman dan Islam. Menelusuri sejarah Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) yang pada mulanya beroperasi tanpa bangunan sejak penubuhannya sehingga Mac 2009, Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) telah terbina dan menjadi pusat bagi segala aktiviti BKAWM. Demi keselesaan dan keselamatan penghuninya bagi jangka masa panjang, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) telah memutuskan untuk melaksanakan pembaikian  dan penambahbaikan terhadap ARWP bermula satu April ini.

IJTIMAK FASILITATOR PMRAM CAWANGAN WILAYAH PERSEKUTUAN

Image
KAHERAH, 3 Februari 2015 - Buat pertama kalinya Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 di bawah kelolaan Jabatan Fasilitator (JATA) telah menganjurkan Ijtimak Fasilitator. Program yang ber langsung selama lebih kurang dua jam ini telah dihadiri oleh se mua fasilitator Discussion Group (DG) yang terdiri dari kalangan siswa dan siswi. Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan Hal Ehwal Wanita Islam (HEWI) BKAWM turut sama hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Program ini diadakan di Dewan Sri Putra , Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP) pada jam 8 hingga 10 pagi.

REHLAH KE DUMYAT SELEPAS MUSIM IMTIHAN

Image
KAHERAH , 30 Januari 2015 - Pejabat Pengurusan MAIWP Mesir (PPMM) dengan kerjasama Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah mengadakan rehlah ke Dumyat pada hari Sabtu yang lalu. Seramai 19 orang peserta yang terlibat terdiri daripada anak -anak Wilayah Persekutuan sendiri dan seorang wakil dari pada PPMM.

WILAYAH SPORT'S DAY MENGASAH BAKAT AHLI DALAM SUKAN

Image
KAHERAH, 30 Januari 2015 - Unit Kebudayaan, Kesenian dan Sukan (UKKS) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) sesi 2014/2015 telah menganjurkan program buat julung-julung kalinya iaitu Wilayah’s Sports Day (WISE) dengan tema ‘’Healthy Body, Healthy Mind’’. O bjektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli di samping ingin mewujudkan suasana hidup yang sihat melalui aktiviti kesukanan.

Siswi Exploration : Alexandria 2015 (SEA '15)

Image
Menjejaki Kota Sejarah, Mengambil Ibrah  KAHERAH, 3 Februari 2015 – Berjalan mengenal alam, menghirup udara segar sambil disapa lembut bayu laut merupakan kenangan indah sepanjang mengikuti program Siswi Exploration: Alexandria (SEA ’15) 31 Januari yang lalu.  Program anjuran Unit Perumahan dan Rehlah, Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir ini merupakan a ktiviti musim sejuk khusus buat mahasiswi bersempena tamatnya peperiksaan fasa satu, 22 Januari lalu. Program ini juga bertujuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan meluaskan pengalaman peserta terutama nya tentang sejarah para ulama yang hebat yang semadi kan di bumi Iskandariah. Selain itu, tautan ukhuwah juga semakin erat melalui permusafiran ini.