[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM '18) ]





[ BERITA: IHYA' TARBAWI RAMADAN 2018 (IHTIRAM '18) ]

KAHERAH, 18 Jun 2018 – Bersyukur ke hadrat Ilahi, program Ihya’ Tarbawi Ramadan 2018 (IHTIRAM ’18) telah selamat melabuhkan tirai pada 14 Jun 2018. IHTIRAM ‘18 adalah sebuah program yang diadakan oleh Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) bagi memeriahkan suasana anak-anak Wilayah Persekutuan yang berpuasa di bumi Mesir. Program ini telah berlangsung sepanjang bulan ramadan, bermula daripada 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018.

Antara objektif penting IHTIRAM ‘18 adalah memperkasa tarbiah ruhiah dalam kehidupan seharian, menambah thaqafah dan kemahiran serta menghidupkan budaya bermasyarakat dalam diri ahli.





Program IHTIRAM ’18 telah dimulakan dengan majlis perasmian yang telah dirasmikan oleh saudara Muhammad Nor Syamil bin Omar, Yang Dipertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) sesi 2017/2018 sekaligus melancarkan tabung sumbangan IHTIRAM ’18 beserta gimik perasmian. Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh saudara Luqman Hakim bin Kamaruddin, Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) dan diakhiri dengan Iftar Jamaie selepas solat Maghrib secara berjemaah.

Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak IHTIRAM ’18 sebagai panduan dan pilihan untuk memenuhi bulan Ramadan dengan perkara-perkara yang bermanfaat disamping menggalakkan ahli untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan semester 2 yang sedang berlangsung seiring dengan program IHTIRAM '18.







Dalam masa yang sama, sebahagian ahli telah dilantik untuk menjadi imam dan bilal terawih serta pengisian tazkirah. Di samping membahagikan tugasan gerak kerja untuk meringankan beban masing-masing, ia bertujuan untuk melatih ahli-ahli BKAWM bagi membiasakan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat kelak.

Terdapat pelbagai program sepanjang Ramadan, antaranya ialah masjid hopping di Masjid Nuri Khattab dan Masjid Amru al-Asr, di mana ahli beramai-ramai berbuka puasa dan solat terawih serta memberi Maidah Rahman, iaitu bantuan dalam bentuk makanan kepada penduduk tempatan. Terdapat juga pemberian Syantah Ramadan iaitu bantuan berupa barangan keperluan asasi kepada penduduk sekitar kawasan asrama.




Terdapat juga akiviti solat terawih bersama BKAN Taakhi, iaitu di BKAN Terengganu di Hayyu ‘Asyir dan di BKAN Kedah di Hayyu Sabik. Ia bertujuan untuk saling berkenalan dengan ahli-ahli negeri lain serta mengeratkan silaturahim sesama pelajar Malaysia di Mesir.

Pengisian thaqafah tidak ketinggalan dengan disajikan diskusi Kitab Bulughul Maram yang disampaikan oleh Ustaz Abu Yamin bin Ramli dalam membincangkan bab musafir dan bab zakat sesuai dengan situasi sebahagian pelajar akan bermusafir pulang ke tanah air seusai peperiksaan dan kewajipan membayar zakat pada akhir Ramadan.





Sepanjang sebulan program berlangsung diserikan dengan qiamullail, tadarus al-Quran, sahur berjemaah dan semestinya iftar jamaie yang sering dinanti-nantikan oleh seluruh ahli.

IHTIRAM ’18 melabuhkan tirai pada 14 Jun 2018 bersamaan 29 Ramadan 1439H, majlis penutup diisi dengan majlis khatam Quran beserta Iftar Jamaie seterusnya disambung dengan majlis perasmian Tinta Kasih Aidilditri 2018 (TAUTAN '18)




Pihak program mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Program yang telah banyak menyumbang tenaga dan masa demi menyerikan suasana Ramadan untuk anak-anak Wilayah Persekutuan di Mesir melalui program IHTIRAM '18 ini. Bersama kita memohon agar Allah SWT menerima sumbangan kecil ini sebagai suatu yang barangkali dapat membantu kita masuk ke syurgaNya. Tidak lupa juga kepada penyumbang dana dan tenaga sama ada secara langsung mahupun tidak langsung yang telah berjasa dalam menjayakan program ini.

Harapan kami bahawa program IHTIRAM pada akan datang dapat mengambil anjakan paradigma dan  melaksanakan program dengan lebih baik serta membahagikan masa dengan baik antara tugasan, ibadah dan cabaran menempuh fasa peperiksaan.

Disediakan oleh:

MUHAMMAD AIZAT BIN AHMAD LUTFI
Setiausaha, Ihya' Tarbawi Ramadan 2018 (IHTIRAM '18).

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu"


Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]