[ 'URWAH ‘18: MERIBAT UKHUWAH BKAWM ]





[ 'URWAH ‘18: MERIBAT UKHUWAH BKAWM ]

KAHERAH, 10 Februari 2018– Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) telah mengadakan program 'Urwah Wilayah Persekutuan 2018 (‘URWAH ‘18) bersempena dengan Hari Keluarga bagi sesi 2017/2018 yang disertai oleh anak-anak Wilayah Persekutuan sendiri dan juga jemputan daripada BKAN Taakhi Kedah dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan.

Program ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir, Saudara Amirul Hakim bin Mohd Razib dan diiringi bersama pengarah program 'URWAH Wilayah Persekutuan 2018 (‘URWAH ‘18), Saudara Muhammad Aizat bin Ahmad Lutfi.




Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi ukhwah dan tali persaudaraan sesama ahli BKAWM dan BKAN taakhi. Selain itu, matlamat untuk dicapai melalui program ini juga adalah untuk meningkatkan thaqafah dalam kalangan ahli itu sendiri. Program ini juga dapat meluaskan lagi pengalaman ahli dengan aktiviti yang disertai disamping dapat menerapkan suasana hidup yang sihat melalui aktiviti yang dijalankan.

Empat matlamat utama tersebut dapat direalisasikan melalui aktiviti-aktiviti yang  dijalankan di dalam program 'URWAH ‘18 seperti Forum berkaitan Unit Bait Muslim (UBM), Penerangan Hisbah tentang sistem musyrif, Hari Sukan dan juga Jaulah ke Dumyat.





Forum yang telah dijalankan ialah bertajuk "Khitbah: Satu Permulaan ke Arah Perkahwinan" telah  disampaikan oleh Dr. Imran bin Kasran, Graduan Perubatan dan moderator forum ini, Saudara Muhammad Ridzuan bin Zaibidi. Forum ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para hadirin tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi berkenaan alam perkahwinan nanti.

Seterusnya, program 'URWAH ‘18 ini juga disertakan dengan program sukan seperti bola tampar, bola baling, dan bola jaring. Dengan aktiviti yang diadakan ini, para peserta dapat mengeratkan tali ukhwah antara ahli-ahli BKAWM sendiri dan juga BKAN Taakhi disamping dapat menyihatkan tubuh badan.








Selain itu, para peserta juga dibawa untuk keluar menikmati keindahan ciptaan Ilahi dengan adanya program Jaulah ke Dumyat. Jaulah ini disertakan musyrif penerangan untuk memberi maklumat dan pengetahuan tentang sejarah-sejarah yang terdapat di lokasi lawatan. Dengan ini, para peserta dapat menambah lagi ilmu dan pengetahuan di samping masa yang ada tidak terbuang dengan aktiviti yang kurang bermanfaat dan tidak berfaedah ketika di rumah.







Program 'URWAH ‘18 ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada peserta yang memenangi pertandingan dan sukan yang diadakan diiringi ucapan penutup dari Pengarah ‘URWAH ‘18 iaitu Saudara Muhammad Aizat bin Ahmad Lutfi dengan harapan agar program ini dapat merapatkan ukhuwah persaudaraan antara ahli BKAWM dan juga BKAN Taakhi serta dapat memberikan pengalaman yang menarik buat semua peserta. Akhir sekali, diharapkan agar program ini juga dapat memberikan kenangan yang cukup manis dan indah antara ahli BKAWM sendiri.

"BKAWM Keluarga Kita"

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Kelaurga Kita"
"Bersama Bersatu"

Disediakan oleh:
Amir Hamzah bin Hasnul Jufti,
Setiausaha ‘Urwah Wilayah Persekutuan 2018 (‘URWAH ‘18).

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]