[ RISALAH BIAH SOLEHAH | PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH ]





[ PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH ]


Sebagaimana yang diketahui bahawa, fikrah dari segi bahasa ialah pemikiran, manakala sahsiah dari segi bahasa pula peribadi. Imam Hassan al-Banna pernah menjelaskan bahawa pembinaan sahsiah dan fikrah merupakan salah satu titik permulaan dalam medium dakwah serta menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat umat Islam. Oleh sebab itu, Rasulullah telah membina peribadi para
sahabat melalui pentarbiahan rohani, emosi, akal dan harakah.

Perkara ini menjelaskan tentang proses pembinaan sahsiah dan peribadi seorang muslim yang diharapkan. Antaranya adalah:

1) Proses Awal Tahu

- Kita cuba membaca kitab-kitab, berkongsi ilmu dan kefahaman, melatih diri dengan menghadiri tazkirah, ceramah dan kuliahkuliah yang disampaikan.

2) “Tahu” yang megundang “Mahu”

- Bermula dari pembinaan asas yang kukuh iaitu dari pembinaan fikrah dan sahsiah melalui apa jua medium seperti usrah, seminar serta perlu disusuli dengan mereka yang mahu menyambutnya dengan baik serta menghayati agamanya.

3) Sanggup berkorban

- Pembentukan sahsiah dan fikrah merupakan satu perkara yang rumit, tetapi ia tidak akan menjadi rumit apabila melalui pendekatan “tahu” dan “mahu” secara langsung atau tidak langsung akan melahirkan golongan yang mampu untuk mengorbankan dirinya atas nama Allah, Rasul dan Islam.


Oleh itu, sebagai seorang insan yang bergelar muslim perlu mendapatkan kefahaman Islam yang syumul bukan hanya mengambil pada sebahagiannya sahaja. Suka diingatkan bahawa, apabila kita telah mendapatkan sesuatu ilmu hendaklah disertai dengan amal bak kata pepatah, ilmu tanpa amal bagai pohon yang tidak berbuah. Jadi, kita perlulah mewajibkan diri untuk berubah dan cari serta luangkanlah masa kita dengan sesi tarbiyah kerana ini merupakan titik awal bagi para daie dalam medan dakwah.


Disediakan oleh:
Unit Biah Solehah | Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan BKAWM sesi 2017/2018

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"BKAWM Keluarga Kita"
"Bersama Bersatu" 

Comments

Popular posts from this blog

[ PEMAKLUMAN DISCUSSION GROUP (DG) MANHAJI ]

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ BERITA: MAJLIS TIMBAL TERIMA RASMI AJKT HEWI BKAWM SESI 2021/2022 ]