Informasi Muharram: Marhaban Ya Muharram


Marhaban Ya Muharram

Muharram merupakan salah satu bulan daripada bulan-bulan yang termaktub dalam Kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini terdapat pada satu hari yang dinamakan Hari Asyura'. Hari Asyura' merupakan hari kesepuluh daripada bulan Muharram menurut pendapat yang sahib. Pelbagai peristiwa agung telah dirakamkan dalam sejarah pada tanggal 10 Muharram.Bahkan ALLAH S.W.T akan mengurniakan pahala yang begitu besar kepada hamba-hambaNYA yang menghidupkan hari Asyura' dengan beribadat kepadaNYA dengan penuh keikhlasan.

Peristiwa-Peristiwa Agung Yang Berlaku Pada Hari Asyura'

Petikan hadis daripada riwayat Ibnu Abbas r.a :"…………..Para sahabat berkata: "Ya Rasulallah,sesungguhnya ALLAH melebihkan akan hari Asyura' atas segala hari. Sabda Rasulullah s.a.w :" bahkan telah menjadikan ALLAH Taala akan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi pada hari Asyura', dan menjadikan bukit pada hari Asyura', dan menjadikan bintang pada hari Asyura', dan menjadikan Lauh dan Qalam pada hari Asyura',dan menjadikan Adam {alaihissalam} pada hari Asyura', dan menjadikan Hawa pada hari Asyura',dan menjadikan syurga pada hari Asyura',dan memasukkan Adam {alahissalam} akan syurga pada hari Asyura',dan dilahirkan Ibrahim {alaihissalam} pada hari Asyura',dan dilepaskan Ibrahim daripada api pada hari Asyura' dan tenggelam firaun pada hari Asyura' dan lainnya hingga akhir hadis"…………

Amalan-Amalan Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura':

1.Sembahyang

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: " Barang siapa yang bersolat empat rakaat pada hari Asyura' yang dibaca dalamnya Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas lima belas kali pada setiap rakaat, maka akan diampunkan baginya dosa lima puluh tahun yang telah lepas dan lima puluh tahun yang akan datang".

2.Puasa

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: " Barang siapa yang berpuasa pada hari Asyura' maka akan diberikannya pahala sepuluh ribu kali menunaikan haji dan umrah serta pahala sepuluh ribu syahid".

3. Sedekah

4. Mandi

5. Menziarahi orang alim

6. Menziarahi orang sakit

7. Menyapu kepala anak yatim

8. Meluaskan isi rumahnya

9. Memotong kuku

10.Memakai celak

11.Membaca surah Al-Ikhlas seribu kali

12.Menghubungkan silaturrahim

Sumber rujukan:

-AMALAN HARI ASYURA' ( HJ.WAN MOHD SHAGHIR ABDULLAH)

-AL-GHUNYAH KARANGAN SYEIKH ABD QADIR AL-JAILANI

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]