Jaulah Maqam Siswa 2011.

16 Disember 2011 bersamaan 21 Muharram 1433 Hijrah: Unit Perumahan dan Rehlah (UPR) dengan kerjasama Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan (LDPI) Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) Sesi 2011/2012 telah mengadakan jaulah maqam di sekitar Kaherah. Seramai 13 orang peserta siswa, seorang musyrif iaitu saudara Mohd Faiz bin Mat Zaid.

Rombongan bertolak dari Asrama Rumah Wilayah Persekutuan (ARWP ) pada jam 8.30 pagi menaiki coaster ke destinasi yang ditetapkan dan pulang semula pada jam 4.00 petang. Antara maqam yang diziarahi adalah Maqam Wali Saghir, Maqam Ibnu Athoillah Al-Iskandari, Maqam Syeikh Soleh Ja’fari, Maqam Saiyidah Nafisah iaitu salah seorang ahlul bait Rasulullah S.A.W, yang mana beliau hidup sezaman dengan Imam Syafie dan lain-lain lagi.


Selain daripada itu, modul ukhuwah juga diadakan bagi merapatkan ukhuwah antara peserta. Setiap kumpulan mempunyai 2 peserta. Mereka diminta taaruf sepanjang jalan dan mereka akan menceritakan mengenai taakhi mereka antara satu dan lain pada setiap perhentian maqam-maqam. Dengan ini mereka saling mengenali antara satu sama lain.


Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM) berharap agar peserta jaulah maqam mengambil pengajaran tentang peranan dan pegorbanan auliya dan ulama terdahulu mempelajari ilmu dan usaha mereka memelihara agama Islam dan juga dapat memberi anjakan paradigma kepada semua peserta untuk lebih mengenali siapa kita sebagai hamba Allah serta sentiasa memuhasabahkan diri menjadi lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]