Taakhi Zon A Memperkasa Ukhuwah


24 Disember 2011,Sabtu-Dalam kesibukan merangka persiapan untuk menghadapi peperiksaan fasa 1 yang akan datang,Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir BKAWM tetap menyokong agenda ukhuwah khususnya sesama taakhi zon A.

Pada 23 Disember 2011,BKAWM yang diwakili Naib Pengerusi HEWI 1,saudari Nurul Hanna Binti Mohammad Bokhari telah memenuhi undangan untuk memberi pengisian dalam majlis perasmian Kuliyah Sayyidul Ayyam anjuran Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) yang merupakan ketua bagi taakhi Zon A.Beliau menyampaikan tazkirah berbentuk motivasi dan menekankan tentang teknik pengurusan masa yang berkualiti.

Manakala pada 24 Disember 2011 (hari ini),Naib Pengerusi HEWI 1 sekali lagi dijemput untuk memberi pengisian,kali ini dari Majlis Kebajikan Keluarga Islam Kedah Mesir (MKKK) dalam program Rehat dan Rawat (R and R).Program ini menekankan khusus kepada teknik-teknik menjawab soalan mengikut kursus pengajian dan turut memotivasi peserta agar lebih bersedia dan bersemangat menghadapi peperiksaan.

BKAWM sentiasa mengalu-alukan ruang untuk bekerjasama dengan BKAN dan DPM lain dan berharap agar program-program berbentuk taakhi seperti ini diperbanyakkan dan dipelbagaikan lagi pada masa akan datang.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]