Kelas Bahasa Arab Amiyyah Siri Kedua-Persediaan Awal Untuk Ahli
24 Disember 2011,ARWP-Menyedari akan kepentingan penggunaan bahasa Arab tempatan, Unit Pendidikan dan Pengetahuan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir telah menganjurkan Kelas Bahasa Arab ‘Ammiyyah Siri Kedua. Kelas ini dianjurkan bagi membantu ahli menguasai dialek Arab Mesir berdasarkan keperluan seharian dan kepentingan pengajian.
Berlainan dengan siri pertama, siri kali ini memfokuskan kepada istilah dan perbualan berdasarkan dialek Arab tempatan yang berkait rapat dengan bidang perubatan. Konsep ini dipilih bagi meraikan permintaan ahli BKAWM yang majoritinya terdiri daripada pelajar perubatan.
Siri kali ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada ahli, terutamanya dari kalangan pelajar perubatan berkenaan perbualan asas diantara seorang doktor dengan pesakit. Ia sebagai persediaan mental dan kemahiran bagi meraka sebelum melangkah ke clinical year, iaitu semasa berada di tahun 4, 5 dan 6.
Panel yang ditampilkan cukup hebat dan didatangkan khas daripada kuliah perubatan iaitu Dr. Abdul Rahman bin Zulkifle dan Dr. Ramisah Aini. Kedua-duanya merupakan pelajar Tahun 6, Universiti Kaherah. Pembentangan kertas kerja telah dijalankan selama hampir dua jam dan mendapat respon yang cukup baik daripada ahli.
Pelaksanaan kelas-kelas ilmiah seperti ini bukan saja dapat meningkatkan kecemerlangan akademik, malah juga membantu ahli dalam berinteraksi dengan masyarakat tempatan Mesir. UPEP optimis untuk mengajurkan program atau kelas yang sesuai dengan keperluan pengajian ahli pada masa akan datang dan berharap agar ahli memanfaatkan sepenuhnya medium-medium kebajikan yang telah disalurkan oleh BKAWM.
“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Comments
Post a Comment