AJKT HEWI Ziarah Ahli,Kukuhkan Kesatuan

24 Disember 2011,Sabtu-Demi merealisasikan tema pada sesi ini iaitu Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan,barisan kepimpinan AJKT Hal Ehwal Wanita Islam BKAWM telah menjalankan beberapa siri ziarah untuk mengeratkan lagi ukhuwah dan kesatuan dengan kepimpinan peringkat pusat dan ahli BKAWM khususnya mahasiswi.

Pada 15 Disember 2011,siri ziarah dimulakan dengan menziarahi 3 buah rumah ahli BKAWM di sekitar kawasan Haiyu Sabiek sekitar mahkamah.Barisan AJKT HEWI BKAWM mengambil peluang ini untuk memastikan kondisi kesihatan dan keselamatan ahli dalam keadaan baik sebelum menghadapi peperiksaan pada Januari akan datang.Ziarah dijalankan pada waktu malam agar tidak menggangu waktu kuliah ahli yang majoriti adalah dari kalangan pelajar perubatan.

Seterusnya pada 17 Disember 2011,AJKT HEWI BKAWM telah mengadakan kunjungan hormat ke markaz HEWI PMRAM di Haiyu Sabiek.Kunjungan tersebut telah memberi ruang perbincangan dua hala diantara AJKT HEWI BKAWM dan barisan kepimpinan HEWI PMRAM.AJKT HEWI BKAWM yang terlibat memanfaatkan sepenuhnya peluang ini untuk berbincang secara terus kepada unit-unit yang berkaitan dalam PMRAM berkaitan permasalahan yang berlaku di peringkat BKAWM.

Manakala pada 20 Disember 2011,siri ziarah diteruskan lagi ke kawasan sekitar Masjid Bukhari di Haiyu Sabiek.Sebanyak dua rumah telah diziarahi iaitu rumah pelajar tahun dua dan tiga jurusan perubatan.Pada hari berikutnya iaitu pada 21 Disember 2011,AJKT HEWI BKAWM menziarahi ahli yang tinggal di Dewan Malaysia Abassiah Kaherah di kawasan Abassiah.Kali ini ahli yang diziarah adalah dari kalangan pelajar Pengajian Islam.

Siri ziarah akan dihentikan untuk sementara waktu bagi memberi laluan kepada ahli untuk fokus kepada kuliah dan kelas tutorial.Barisan AJKT HEWI BKAWM Sesi 2011/2012 mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat atas kesudian menerima kunjungan walaupun dalam kesibukan membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan dan berharap agar ukhuwah dan kesatuan dalam kalangan ahli BKAWM terus kukuh dan diperkasakan.

“Kesatuan Ukhuwah Pemangkin Kecemerlangan”

Comments

Popular posts from this blog

[ KALAM PIMPINAN: PEMUDA HARI INI, PEMIMPIN AKAN DATANG ]

[ KALAM PIMPINAN: KEPENTINGAN BERJEMAAH ]